Khamis, 19 September 2019

ADA 3 KATEGORY AHLI @ PENYOKONG PAS.

Penyokong PAS ada 3 jenis :
  a) Penyokong Tegar : taksub buta : kurang ajar : jahil murakkob.

b) Penyokong Kurang Tegar : rasa alim kerana dengar cakap : ceramah.


c) Penyokong Berilmiyyah

Jika anda bertanyakan soalan, "Apakah Tak Undi PAS Jadi Kapir?" kepada 3 jenis penyokong, maka anda akan mendapat 3 jenis jawapan yang berbeza.
a) Jawapan Dari Penyokong Tegar "MUNG KAPIR, MUNG MURTAD, MUNG MASUK NERAKA!! dan lain-lain.."
Golongan ini ialah golongan pentaksub tegar PAS yang bisa mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sokong PAS. Bahkan mereka menganggap PAS seperti agama tauhid & i'ttiqad Islam. Mereka menyebarkan fahaman, "Islam memerintah", "Berilah peluang kepada Islam", "Islam di atas, bukan di bawah", dan lain-lain ungkapan Islam, yang memaksudkan kepada kewajipan menyokong PAS.
  Mereka juga menjadikan ayat Allah yang diturunkan kepada orang kafir (engkar), mereka tujukan kepada orang-orang beriman yang tidak sokong parti PAS. Rakyat Malaysia dinasihati tidak berdebat/berhujjah dengan golongan ini kerana mereka tidak akan mampu berhujjah dengan baik, dan kebiasaan hanya maki hamun sahaja. Golongan ini menguasai segelintir pemimpin atasan dan segelintir pengikut bawahan.
Jumlah mereka dianggar 30% dalam PAS.
---- b) Jawapan Dari Penyokong Kurang Tegar "Mung kena faham firman Allah. Kan Allah dah kata siapa tolak hukum Allah ni kafir, jadi pegang situlah".
Note : Kalimah KAFIR difahami dengan fahaman yg salah...
Golongan ini masih lagi berlapik dalam memberikan jawapan, namun maksudnya lebih kurang sama seperti golongan tegar, masih mampu memutarbelit beberapa ayat Quran agar tidak nampak mengkafirkan orang walaupun memberikan maksud mengkafirkan orang lain. Walau bagaimana pun, golongan ini masih boleh diajak berbahas namun kalah dengan mudah. Apa yang lucu, mereka menyangka mereka menang berhujjah dengan bertanyakan soalan sahaja.
Asal soalan mereka tidak dijawab, ketika itulah mereka berasa mereka menang.
Oleh itu, rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak perlu menjawab sebarang soalan daripada mereka, bahkan tanya mereka balik dengan soalan demi soalan.
Golongan ini menguasai pemimpin peringkat pertengahan dan juga penyokong peringkat pertengahan.
Jumlah mereka dianggar 70% dalam PAS.
----- c) Jawapan Dari Penyokong Berilmiyyah "Mung takleh tanya lagu tu. Politik ni ijtihad. IJtihad ni benda boleh diterima, ditolak dan dikritik. Apa yang PAS lakukan adalah ijtihad mereka, bukan menjadi hukum yang wajib diikut dan disokong. Kami orang PAS meraikan perbezaan dan pendapat tak kira dengan siapa. Kami juga boleh menerima kritikan. Kita cuma berbeza pendapat, bukan berbeza aqidah, i'ttiqad & tauhid" Golongan ini tidak wujud dalam PAS.
Jumlah mereka ialah 0%.
----- Kesimpulan.
Rakyat Malaysia secara amnya mampu mengenali penyokong-penyokong taksub mana-mana parti sekalipun.
Namun, tiada pernah penyokong taksub parti lain mengkafirkan orang, memurtadkan orang, menjiratkan orang, memaki hamun orang seperti penyokong PAS hari ini.
Oleh yang demikian, rakyat Malaysia yang bijak, mestilah memilih parti yang tidak mempunyai penyokong taksub sebegini.
Bayangkan jika parti mereka memerintah negara.
Dan jika ada rakyat yang tak sokong parti mereka, kemungkinan sudah dianggap penderhaka agama @ bughah dan wajib dihukum bunuh.
///

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHAYA SYIRIK (شريك) TERHADAP HAK DAN KEKUASAAN MUTLAK ZAT الله.

SYIRIK TERHADAP ZAT SERTA HAK DAN KEKUASAAN MUTLAK ZAT الله. membersih, menyucikan diri sendiri, keturunan, kaum, puak, jama'ah, per...