Rabu, 20 Februari 2019

PAS TIPU UMAT MELAYU (30) : PARTI AGAMA (الدين : tauhid) : ISLAM (الاءسلام : i'ttiqad) ADALAH SYIRIK KHOFI (MENDUAKAN ALLAH SECARA HALUS)

Dalam sebuah Hadis Qudsi Rasulullah bersabda:

انا اغنى الشركأ عن الشرك من عمل عمل اشرك فيه معى غيرى تركته وشركه. - حديث قدسى.

Ertinya, “Aku terkaya dari segala yang disyirikkan denganku. Siapa yang beramal ada Syirik didalamnya selain dari aku (hak & kekuasaan mutlak), maka aku tinggalkan dia dengan apa yang disyirikkannya”. [hadis Qudsi]. 

Syirik ertinya mensyarikatkan (يشرك : تشرك terhadap hak & kekuasaan mutlak) Allah atau menduakan zat Allah dengan benda-benda yang selain darinya. Khofi pula ertinya halus atau tersembunyi @ samar2. Misalnya dia beramal dengan berkehendakkan Syurga di samping Allah. Orang yang benar dan ikhlas tidaklah berkehendakkan Syurga atau Neraka. Jika mereka beribadat kerana Syurga atau Neraka atau pun Pahala maka mereka tidak akan beribadat jika tidak ada benda-benda tersebut. Dan ini tentu tidak ikhlas.

Apalagi beribadat untuk mendapatkan kuasa. Menggunakan amal ibadat dan kewarakkan dan kealiman bagi merebut kuasa. Ini amat syirik yang nyata. Imam ahmad berkata: “Siksaan kepada Ulama itu ialah hatinya mati. Sementara mati hati itu ialah mebeli dunia dengan amal ibadat”. Jika ada Ulama yang menghampiri pemimpin dengan niat kepada harta benda, mereka juga dikira Ulama yang mati hatinya. Begitu juga yamg berniat membolot semunya, bukan sahaja harta benda, tetapi kuasa yang ada. Maka lebih teruk lagi keadaan hati mereka. Malah mereka adalah dikira mensyirikkan Allah dengan kekuasaan. Amal ibadat Ulama yang menuntut kuasa politik adalah juga bertujuan selain dari Allah, iaitu kuasa.


Wali Allah, Ibnu Atallah ada berkata dalam kitabnya yang terkenal “AlHikam” katanya :


كما لايحب العمل المشترك كذ الك لايحب العمل المشترك العمل المشترك لا يقبل و القلب المشترك لايقبل عليه-ابن عطأ الله.

Ertinya, “Sebagaimana الله tidak menyukai amal yang dipersyarikatkan (hak & kekuasaan mutlaknya), juga dia tidak menyukai hati yang dipersyarikatkan (dalam hati ada kehendak yang lain selain dari Allah). Amal yang dipersyarikatkan tidak diterimanya. Hati yang dipersyarikatkan selain dari dirinya juga tidak diterima”

Pengunaan amalan akhirat untuk tujuan rebut kuasa politik ini yang menjadi Syrik Khofi...ada pun yg tak guna Agama dan ke aliman untuk rebut politik ini tak Syirik sebab mereka tak guna Agama dan ayat2..mempamirkan amal ibadat. Ulama2 politik Agama pun mau...kuasa : kerusi pun mau..dengan itu jadi Syrik khofi..Kata Ahmad Ibnu Ahmad Ibnu Hanbal .."Siksaan kepada Ulama ialah hatinya mati..hati mati itu ialah usahakan keduniaan melalui amal ibadat".

Di zaman Nabi Isa as, baginda pernah bertemu dengan sekumpulan manusia yang kelihatan lemah dan letih. Lalu Nabi Isa as bertanya “Kenapa kamu semua berkeadaan begini”. Jawab mereka, “kami amat rindu kepada syurga”. Nabi Isa as berkata berkata, “Semuga kamu mendapat syurga”. 

Kemudiannya Nabi Isa as bertemu pula dengan segolongan manusia yang kelihatan lebih lemah dan letih lesu dari kumpulan pertama tadi, lalu ditanyanya, “Mengapa kamu semua berkeadaan begini”. Mereka menjawab, “”Kami sangat takut kepada neraka”. Nabi Isa berkata, “Semuga kamu tidak masuk neraka”. 

Akhirnya Nabi Isa as bertemu kumpulan manusia yang lebih lemah dan letih lesu lagi. Nabi Isa bertanya, “Kenapa kamu berkeadaan begini”. Mereka menjawab “kami sangat cinta kepada Allah”. Lalu Nabi Isa berkata, “Kamulah orang-orang yang benar”. 

Nabi Isa as tidak berkata dua puak terawal benar, cuma kata puak terakhir sahaja yg benar. ini kerana ibadat mereka hanya untuk Allah - لله, kerana Allah bukan kerana syurga atau neraka. 

Abdul Kadir Jailani pun berkata dalam kitabnya Kasyful Asrar.."Haram bagi kami akhirat dan haram bagi kami dunia"... maksudnya amal ibadat tak boleh di guna pakai untuk dapat Syurga atau elak Neraka, atau lebih2 lagi untuk dapat dunia..kerusi empok..jawatan dan pangkat...melainkan kerana Allah : لله semata2.

Demikianlah mensyirikkan الله dengan sesuatu adalah tidak baik, dikira ٍSyirik bagi para wali Allah saperti Abdul Kadir jailani.. walaupun dengan syurga dan neraka. Ulama tak patut buat kerja2 di atas ini iaitu Syirik dalam amal ibadat, kerana mau dunia melalui penampilan ulama, dgn guna amal ibadat. Saiidina Ali kw juga menentang penggunaan Agama bagi tujuan jawatan, pangkat dalam kutipan khutbahnya....Imam hanbali juga kata.."Siksaan kpd ulama itu hatinya mati,,hati mati itu usaha keduniaan melalui amal ibadat". [Ahmad Ibnu Hanbal}.Hati mati tu buta hati,,buta hati tu bahasa kampung nya buta perut ....
Wallhu aklam.
///

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHAYA SYIRIK (شريك) TERHADAP HAK DAN KEKUASAAN MUTLAK ZAT الله.

SYIRIK TERHADAP ZAT SERTA HAK DAN KEKUASAAN MUTLAK ZAT الله. membersih, menyucikan diri sendiri, keturunan, kaum, puak, jama'ah, per...