Kalau PAS sendiri dalam keadaan jelas masih gagal mengenal & beri'ttiqad dgn I'ttiqad (yakin qalbu-akal) yg diredhai Allah Islam (الاءسلام), maka sudah tentulah tanpa disedari kerana jahil beri'ttiqad dgn i'ttiqad Syirik yg dilaknati Allah Yahudi (اليهود)... atau Syiah (الشعاءيه)... atau Wahhabi (الوههابيه), kerana LAWAN bagi Islam (الائسلام) adalah YahudI (اليهود)...atau Syiah (الشعائيه)...atau Wahhabi (الوههابيه) dgn zahirnya cara, sifat, kata-kata, perbuatan "Haadu" berlaku Syirik terhadap hak-hak mutlak zat Allah, merampas, mendahului, sekutui serta diadakan tandingan & bandingan bagi hak & kekuasaan mutlak zat Allah, sekaligus menyamai i'ttiqad golongan Syiah (الشعاءيه) yang menafi, membatal, menentang takdir (qada' & qadar) Allah yg juga merupakan hanya dgn hak & kekuasaan mutlak zat Allah sahaja berlakunya segala sesuatu.
BermulaNya Syirik (khofi samar : kecil) dengan I'ttiqad (yakin qalbu - niat) RIYA', UJUB, SUM'AH, SOMBONG, TAKABBUR... kemudian zahir dengan cara, sifat, kata-kata, perbuatan SYIRIK (qalbi : jalli - terang : besar) :-
... "Merampas, mendahului, sekutui serta diadakan tandingan & bandingan bagi hak-hak mutlak zat Allah yang tidak boleh di Syirikkan...
... "MEMUJA - taksub kepada diri sendiri & taksub kepada berhala manusia berkupaih-serban, berjubah & berjanggut... Padahal taksub : memuja semata-mata terhadap Allah & Rasul...
... "MEMUJI - diri sendiri & memuji berlebihan - bodek... Padahal segala pujian hanya bagi Allah & Rasul...
... "MEMBERSIH, MENYUCIKAN serta MENGHAPUSKAN dosa, maksiat, kejahatan diri sendiri, keturunan, kaum, puak, jemaah, partinya... Padahal tidak ada sesiapa pun yang berhak @ berkuasa untuk membersih, menyucikan & menghapuskan dari segala aib/dosa serta maksiat/kejahatan melainkan Allah.
Rasulullah saw bersabda :
إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ
“SesungguhNya sesuatu yang paling aku takut terjadi pada kalian (umatKu) adalah adalah Syirik kecik (khafi); para sahabat bertanya : wahai rasulullah apakah syirik kecil ? Rasulullah menjawab "Riya" [HR. Ahmad]
Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab (bani Israiel yang menyeleweng - al-Yahud : Haadu - Jew's), berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab (Taurat : Injiel & tidak terkecuali al-Quran) yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata - tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan (menimpakan kifarah kepada kamu) mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka - Yahudi : syirik sebelum itu) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.
(An-Nisaa' 4:47)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (terhadap hak-hak mutlak zat Allah dengan) mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan (zat & hak-hak mutlak zat) Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
(An-Nisaa' 4:48)
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (taksub : memuja, memuji, membersih & menyucikan) diri sendiri? (kaum, puak, jemaah, partinya, Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuja, memuji, membersih & menyucikan) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.
(An-Nisaa' 4:49)
Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan (berkata-kata) perkara-perkara dusta terhadap (hak-hak mutlak zat) Allah dengan tidak benar? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.
(An-Nisaa' 4:50)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang (beri'ttiqad syirik dilaknati Allah, dengan cara, sifat, kata-kata, perbuatan "Haadu") Yahudi, kalau kamu anggap (beri'ttiqad - yakin qalbu - akal) bahawa (kaum, puak, jama'ah, parti) kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!"
(Al-Jumu'ah 62:6)
Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa (syirik terhadap hak-hak mutlak zat Allah) yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim (diri sendiri) itu.
(Al-Jumu'ah 62:7)
///
al-Yunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan