Jumaat, 11 Januari 2019

Komen & Kritikan Tim Ketua Pemuda PAS Negeri PP ADA CLASS... "Gagal tangani rasuah, C.A.T hanya janji kosong IR AHMAD RAFAEI DATO’ ABDUL RASHID


MAJLIS Ikrar Bebas Rasuah dan Tambahan 10 Langkah Integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 4 Ogos 2017 yang lalu ternyata gagal dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa dan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus apabila terdapat salah laku penjawat awam dengan anggaran 10 kes rasuah setiap bulan pada tahun lalu.

Walaupun bertukar kepimpinan Ketua Menteri pada PRU14 yang lalu, Lim Guan Eng mahupun Chow Kon Yeow ternyata tidak mampu untuk tadbir urus Kerajaan Negeri, malah slogan urus tadbir bersih berlandaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus) hanya berjaya dipamerkan di dinding-dinding bangunan tanpa dapat dihayati oleh segenap lapisan pimpinan, penjawat awam dan masyarakat.

'Code of Ethics’ yang sewajarnya mendidik dan membimbing kepada kejujuran dan integriti tidak mampu bertahan apabila bekas Ketua Menteri turut pernah terbabit dengan skandal rasuah pembelian banglo kediaman yang jelas terdapat kepentingan peribadi.

Kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak wajar diambil mudah kerana bilangan penjawat awam yang terlibat dengan rasuah sangat kritikal dan sekiranya tidak dibanteras, ia akan terus menjadi barah termasuk amalan salah guna kuasa. Terdapat 115 kes rasuah telah direkodkan dan sewajarnya pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah menyiasat dan menangkap penjawat awam sekiranya terlibat dengan amalan tidak bermoral ini.

Hingga kini Ketua Menteri, Chow Kon Yeow masih belum memberi reaksi dan menyatakan sesuatu untuk penyelesaian jitu bagi masalah ini. Pemuda PAS khuatir tiada kewaspadaan apatah lagi kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan tragedi yang berpotensi berlaku dalam keadaan atau petunjuk seperti sekarang.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak perlu terus angkuh dan sombong dengan pentadbiran yang sedang diterajui. Banyak negatif yang telah terlihat, kami menggesa agar segala bentuk rasuah, penyelewengan dan kepincangan di dalam tadbir urus negeri dapat diatasi segera serta menghentikan dolak dalih dan sikap ego menunding jari kepada pihak lain, sebaliknya akurlah bahawa Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang sedang terhukum oleh perbuatan sendiri.

”Islam Memimpin”
IR AHMAD RAFAEI DATO’ ABDUL RASHID
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang -
HARAKAHDAILY 11/1/2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAHAYA SYIRIK (شريك) TERHADAP HAK DAN KEKUASAAN MUTLAK ZAT الله.

SYIRIK TERHADAP ZAT SERTA HAK DAN KEKUASAAN MUTLAK ZAT الله. membersih, menyucikan diri sendiri, keturunan, kaum, puak, jama'ah, per...