Rabu, 17 April 2019

YB Teresa Kok tidak tahu apa2 @ LPG - LOPONG tentang Agama (الدين) & (الاءسلام) Islam.

Sebaiknya YB Teresa Kok tidak perlu bercakap atas perkara Agama (الدين - احد : رب) - Rububiyyah & Islam (الاءسلام - لله : اله) Uluhiyyah kerana amat jelas YB Teresa Kok masih Lopong - LPG tentang perkara itu.

FAKTA :
Agama (الدين - احد : رب) tauhid Rububiyyah - perihal hal zat الله maha Esa (رب) hanya satu (احد) yg menjadi tupuan harapan : pergantungan sekalian makhluk & kejadian (صمد)...

Islam (الاءسلام - لله : اله) i'ttiqad Uluhiyyah - perihal hak & kekuasaan mutlak zat الله yg merupakan salah satu dari berbilang-bilang i'ttiqad.. (Islam : الاءسلام, Yahudi : اليهود, Nasrani@Trinity@Kristian : النصارا, Syiah : الشعاءيه, Wahhabi : الوههابيه).. yakin qalbu + akal terhadap hak & kekuasaan mutlak zat الله yg tidak boleh di Syirikkan - dirampas, didahului, sekutui serta diadakan tandingan & bandingan serta tidak boleh dijadikan hak diri, keturunan, kaum, puak, jama'ah parti mana pun.

MAKA FAHAMI DGN BENAR (basic) :
AGAMA (الدين) wajib bukan ISLAM (الاءسلام) @ ISLAM (الاءسلام) wajib bukan AGAMA (الدين).
///
Ab Sheikh Yunan.

Khamis, 11 April 2019

[Soal Jawab Aqidah] Bahaya Fahaman Wahabi Dan Penjelasan Mengenainya

Soalan : Apakah itu fahaman Wahhabi ? Benarkah Wahhabi adalah suatu misteri dan ia dilihat sebagai satu label 'ejekan' ? Bolehkah kita menuduh orang lain yang tidak berqunut, tidak membaca doa selepas solat sebagai Wahhabi ? Adakah wahhabi sahaja mengikut al Quran dan Sunnah manakala umat Islam yang lain mengikut mazhab tidak mengikut al Quran dan Sunnah ?

Jawapan :

1. Wahhabi bukanlah suatu yang misteri kerana ramai ulamak yang membahaskan mengenainya. Sekiranya ia adalah suatu yang misteri maka tidak timbullah apa yang dinamakan 'fahaman wahhabi tersebut'.

Wahhabi adalah istilah ilmiah merujuk kepada suatu golongan yang mengikut kerangka umum pemikiran "Muhammad Abdul Wahab" lalu mengaku mengikut "manhaj Salaf" melalui kaca mata Ibn Taimiyyah, Muhammad Abdul Wahab dan beberapa orang lain yang sefahaman dengannya.

Sheikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti menjelaskan tentang “Wahabi”:


“Pada masa kini, mazhab Wahabi yang dinisbahkan kepada empunyanya iaitu Sheikh Muhammad bin Abdil Wahab (1703-1792 M) berkembang di Najd dan seterusnya berkembang di negara-negara dalam Jazirah Arab berdasarkan beberapa faktor yang sangat diketahui tetapi tidak perlu disebutkan dan dijelaskan di sini”
. [As-Salafiyyah: 367]

Menisbahkan sesuatu kelompok kepada mana-mana pelopornya (samada menisbahkan kepada namanya, atau nama ayahnya, atau nama moyangnya dan sebagainya) adalah suatu tradisi ilmiah yang biasa digunakan oleh para ulama'. Para ulama' yang mengikut mazhab Imam Ahmad bin Hanbal dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal tetapi melalui nama ayahnya iaitu Hanbali. Begitulah sebagainya.

Golongan yang mengikut "kerangka umum" pemikiran Muhammad Abdul Wahab dikenali sebagai Wahabi sebagai nisbah ilmiah yang diakui dalam tradisi keilmuan Islam. Ianya malah digunakan sendiri oleh orang2 yang terlibat dengan fahaman ini. Dinukilkan satu atau dua perkataan mereka sebagai contoh:

Dalam buku الشيخ محمد بن عبد الوهاب عقيدته السلفية ودعوته الإسلامية ada menyebut secara jelas mereka mengaku diri mereka (para pengikut pemikiran Muhammad Abdul Wahab) sebagai Wahhabiyyah. Buku itu ditulis oleh Sheikh Ahmad bin Hajr Abu Thomi. Antara perkataan beliau:

استطاع هؤلاء المسلمون الوهابيون أن يقيموا الدولة الإسلامية على أساس من المبادئ الوهابية
.

Maksudnya: “Golongan Muslimun Wahhabiyyun mampu mendirikan suatu kerajaan Islam atas asas daripada asas-asas Wahhabiyyah”.
[m/s: 105]

Lihat tokoh wahabi sendiri mengaku sebagai wahabi...

Begitu juga:

Sheikh Ben Baz juga berkata:

الوهابية منسوبة إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمه الله المتوفى سنة 1206 هـ ، وهو الذي قام
بالدعوة إلى الله سبحانه في نجد

Maksudnya: "Wahhabiyyah adalah nisbah kepada Sheikh Imam Muhammad bin Abdil Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana dia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya)”.
[Majmu Fatawa wa Maqalat siri ke-9]

Dr. Muhammad Ahmad Ismail juga ada mengarang satu buku berjudul "Khawatir Haul Al-Wahhabiyyah dan menggunakan istilah wahabi tanpa merasa dirinya diejek bahkan dia sendiri (yang mengikut fahaman wahabi ini) mengakuinya.

Antara tajuk2 dalam buku ini:-

الوهابية جددت " منهاج النبوة "

Maksudnya: "Al-Wahhabiyyah memperbahrui Manhaj Nabawi".

Boleh dapatkan buku ini secara online:

http://saaid.net/book/10/3279.rar

Jadi, tuduhan bahawa istilah wahabi adalah istilah ejekan oleh golongan yang menolak kumpulan ini adalah tidak tepat bahkan hanyalah suatu dakwaan yang tidak berasas serta menyalahi realiti sebenar. Dalam lapangan ilmiah, istilah wahabi ini bukan sahaja diterima penggunaannya oleh sebahagian besar ahli ilmu bahkan termasuklah dari kalangan pengikut fahaman ini sendiri.

2. Umat Islam yang mengikut mazhab samada Syafie, Maliki, Hanafi mahupun Hambali adalah mengikut al Quran dan Sunnah. Kerana mereka berpandukan kepada pemahaman ustaz dan ustazah/ulamak yang memahami al Quran dan sunnah melalui panduan yang sudah diberikan oleh Ulamak salafussoleh. Sesuai dengan firman Allah yang bererti :


"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui" -
(Surah an Nahl:43)


Mazhab Hanafi yang diasaskan oleh Imam abu Hanifah (lahir pada 80 Hiijrah dan wafat pada 150 Hijrah), Mazhab Maliki diasaskan oleh Imam Malik Bin Anas RadiyaLlahu 'anhu (Lahir pada 39 Hijrah dan wafat pada 179 Hijrah), Mazhab Syafie diasaskan oleh Imam Muhammad Bin Idris As Syafie (lahir pada 150 Hijrah dan wafat pada 204 Hijrah) dan Mazhab Hanbali diasaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal (lahir pada 164 Hirah dan wafat pada 241 Hijrah). Ini menunjukkan mereka yang mengikut mazhab juga termasuk di kalangan mereka yang menuruti jalan salafussoleh sebagaimana yang dinyatakan oleh RasuluLlah sebagai zaman yang terbaik.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ


Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Sebaik-baik manusia adalah kurunku kemudian orang-orang yang mengiringi mereka kemudian orang-orang yang mengiringi mereka”.
(Sahih al-Bukhari)

3. Kita tidak boleh menuduh sembarangan bahawa orang yang tidak berqunut, membaca doa beramai-ramai selepas solat, tidak kenduri arwah sebagai wahhabi. Di dalam Mazhab Syafie membaca doa qunut adalah sunat ab'adh. Tetapi sekiranya terlupa atau tertinggal solatnya tetaplah sah, namun disunatkan untuk sujud sahwi. Ada juga di kalangan umat Islam yang tidak sempat untuk berdoa secara beramai-ramai selepas solat kerana kekangan waktu, maka mereka berdoa dan berzikir bersendirian. Begitu juga ada umat Islam yang tidak berkemampuan untuk mengadakan kenduri bagi si mayyit atau tidak bersetuju untuk mengadakan kenduri arwah. Oleh itu, berhati-hatilah dalam melabel seseorang itu sebagai wahhabi.

Namun begitu untuk mengetahui ciri-ciri wahhabi hasil dari kajian penyelidikan yang telah dibuat bolehlah dirujuk di bahagian bawah ini :


PENGENALAN

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

Sumber :

1. Dr Said Ramadhan al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah

2. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

3. Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Golongan Yang Selamat Adalah Seluruh Umat Islam, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha

3.Http://Buluh.Iluvislam.Com


Bacaan Tambahan :

1. Perpaduan Umat Islam Hendaklah Dijaga

2. Hukum Bertaqlid

3. Hukum Menuduh Musyrik Dan Kafir Sesama Umat Islam Tanpa Hak

Ancaman Islam Liberal di Malaysia - ULASAN.

MENGGUNAKAN rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.


Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.


Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam Liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.


Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang Wacana Mustapha Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam Liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran cara fikir mereka.

Ulasan & Komen ambo :
Mentafsir Agama (AL-QURAN - االاءسلام & الدين) itu wajib lah dgn akal (bukan dgn qalbu) serta Aqidah (AL-IMAN) dari Syariah-Fiqh (AL-ILMU) - FURU 1&2.

KERANA :
Segala sesuatu yg ditolak @ tidak boleh diterima akal itu, maka ia tidak termasuk Agama (الدين). Makluk yg tidak berakal (haiwan) berarti tidak berAgama (haiwan) dan tidak punya rasa malu (haiwan), sekalipun zahirnya melakukan Solat sepanjang malam serta Puasa (tidak melakukan maksiat) pada siang harinya.

Agama (الدين) & Islam (الاءسلام) perlu difahami dgn benar...
FAKTA : Agama (رب : احد - الدين) tidak boleh difahami sebagai Islam (اله : لله - الاءسلام), kerana الدين itu wajib bukan الاءسلام.


Ciri-ciri fahaman Islam Liberal


Mereka menganut Fahaman Pluralisme (berbilang...?)

Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam Majalah Gatra(Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.

Pertanyaan :
1) Apakah Agama (الدين) itu lebih dari satu (احد : رب) berbilang-bilang ?

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya Ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut Fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan Fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:

a.     Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan Para Ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan Ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan

b.     Kerana terpengaruh dengan Fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis atau Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli Parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh Suhakam pada 9 September.

Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi:

“Tidak ada paksaan dalam agama.”

(al-Baqarah: 256)

Menurut tafsiran Ulama Tafsir yang Muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.

Pertanyaan :
Apakah umat yg mengaku berI'ttiqad Islam (الاءسلام) itu sendiri masih lagi bercampur aduk fahaman antara Agama (tauhid rububiyyah - رب : احد) keterkaitan langsung dgn Murtad & Islam pula (I'ttiqad Uluhiyyah - لله : اله) keterkaitan dgn Syirik ?

FAKTA :
Islam (الاءسلام - لله : اله) perihal hak & kekuasaan mutlak zat الله yg tidak boleh di Syirikkan wajib bukan Agama (الدين - احد : رب) perihal zat الله yg tidak boleh di Murtadkan & sebaliknya...


Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.

Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang Sahih iaitu sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya.”

(Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas).


●     Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman

Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”.

(Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)


Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak Hadis Nabi yang bermaksud:

“Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka”

Dengan mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.


●     Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional

Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah:

a.     Hukum Faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;

b.     Keharusan poligami bagi lelaki;

c.     Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita;

d.     Hukuman bunuh ke atas orang murtad;

e.    Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah;

f.     Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat;

g.     Hak mutlak suami untuk mencerai isteri;

h.     Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; dan

i.     Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.

Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada Ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti Ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.


●     Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di Pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain.


Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara.


Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang Muslim. Hal ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.


Pasca PRU14 ini akan menyaksikan banyak tuntutan kelompok pendukung Islam Liberal dan Pluralisme agama akan digemakan. Riak-riak kepongahan mereka semakin menyerlah, kerana turut merasakan mereka turut memberikan sumbangan kepada kemenangan PH baru-baru ini.

Umat Islam mestilah mengambil cakna perkembangan semasa yang berlaku, menularkan fahaman neo-Muktazilah yang akan mengganggu kelestarian agama Islam dan penganutnya. Ahzab moden sedang mengepung umat ini daripada segenap penjuru, dengan senjata fitnah mereka. Bangkitlah wahai umat!
Dr Riduan Mohd Nor Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI
Sumber asal: Harakahdaily
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun
/// Ismaweb.net.

Isnin, 8 April 2019

Apakah Ada Tanda Hitam Pada Dahi Nabi SAW ?



DALAM sebahagian masyarakat terdapat stereotaip yang mengaitkan antara kesolehan seseorang dengan tanda hitam di kening atau dahi.

Tanda hitam pada dahi tersebut seringkali dikaitkan dengan seringnya seseorang melakukan sujud atau sujudnya lama.

Persepsi semacam ini boleh-boleh saja, bahkan boleh dikata sebagai anugerah dari Allah yang patut untuk disyukuri.

Akan tetapi jangan tertipu dulu, belum tentu semua orang yang mempunyai tanda hitam di kening, adalah orang yang banyak sujud. Boleh saja tanda hitam di kening itu terjadi kerana terbentur tembok, kerana bekas luka, atau kerana dibuat-buat agar orang lain menganggap dirinya sebagai ahli sujud.

Namun hendaknya husnudz-dzan lebih kita dahulukan, bahawa orang yang mempunyai tanda hitam di kening itu adalah orang rajin solat, atau rajin sujud, kerana husnudz-dzan bukan hal yang buruk, bahkan merupakan sesuatu yang wajib kepada siapa pun, apatah lagi kepada sesama muslim.

Firman Allah:

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang kepada sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku 'dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud "(Q.S. al Fath: 29).

Berdasarkan ayat di atas, maka sepintas lalu kita akan membuat kesimpulan bahawa persepsi sebahagian masyarakat seperti di atas adalah benar.
Ketika menafsirkan ayat ini, ada sebahagian ulama seperti Al-Imam Malik dan juga Sa'id bin Jubair, yang mengatakan bahawa bekas sujud itu adalah warna kehitaman yang nampak di dunia ini.

Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu serta Al-Hasan dan juga Az-Zuhri berpandangan lain. Mereka mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan tanda bekas sujud dalam ayat di atas ialah cahaya sujud yang terbesit di wajah, iaitu tanda sujud yang terus menerangi wajah mereka hingga di alam barzakh dan di hari kiamat. Jika yang dimaksud dengan tanda hitam itu adalah tanda hitam di kening maka tanda tersebut pasti akan hilang setelah badan dikebumikan.

Rasulullah SAW sendiri tidak mempunyai tanda hitam itu. Dalam buku-buku sirah, baik sirah ataupun kitab-kitab hadits tidak dijumpai penjelasan adanya tanda hitam pada kening @ dahi Nabi.

عَنْ مَنْصُورٍ قَالَ قُلْتُ لِمُجَاهِدٍ (سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ) أَهُوَ أَثَرُ السُّجُودِ فِى وَجْهِ الإِنْسَانِ؟ فَقَالَ : لاَ إِنَّ أَحَدَهُمْ يَكُونُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مِثْلُ رُكْبَةِ الْعَنْزِ وَهُوَ كَمَا شَاءَ اللَّهُ يَعْنِى مِنَ الشَّرِّ وَلَكِنَّهُ الْخُشُوعُ.
Dari Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud dari firman Allah, 'tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud' apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah? Beliau menjawab, "Bukan, bahkan ada orang yang 'kapal' yang ada di antara kedua matanya itu bagaikan 'kapal' yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang bejat @ jahat. Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyu'an "(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3702).

Syeikh Ahmad ash Showi dalam kitab tafsirnya mengatakan, "Bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat adalah sebagaimana perbuatan orang-orang bodoh dan tukang riya 'iaitu tanda hitam yang ada di dahi kerana hal itu adalah ciri khas khawarij (baca: ahli bid'ah)" ( Hasyiah ash Shawi 4/134, Dar al Fikr). Wallahu A'lam.
///

Ahad, 7 April 2019

Bukan Melayu tiada hak tuntut ratifikasi ICERD: Dr Low Yong San


BANGI, 9 Rabiulawal 1440H, Sabtu – 

Kaum bukan Melayu tidak mempunyai asas kukuh untuk menyokong serta menuntut apa yang terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Pensyarah Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Low Yong San.
Sebaliknya beliau berkata, mereka sepatutnya memahami fakta sejarah politik negara terlebih dahulu sebelum membangkitkan isu konvensyen antarabangsa berkenaan. Beliau menegaskan, ada dua fakta yang kaum bukan Melayu harus faham, iktiraf dan hormati sebelum menuntut kerajaan meratifikasi ICERD.

Pertama, katanya, sebelum kebanyakan kaum bukan Melayu diberi kewarganegaraan, malah sebelum penjajahan British ke atas Tanah Melayu lagi, negara sudah diperintah oleh Raja-raja Melayu, malah British terpaksa mendapatkan perkenan Raja-raja Melayu untuk meligitimasikan penjajahannya.
“Sebelum kebanyakan kaum bukan Melayu memperoleh kewarganegaraan, malah sebelum penjajahan British di tanah Melayu, satu sistem pemerintahan moden yang berpaksikan kepada Raja-raja Melayu telah diasaskan di negeri-negeri Melayu di Malaya.

“Kerajaan kolonial British juga terpaksa mendapatkan perkenan Raja-raja Melayu, sama ada secara sukrela atau paksaan, untuk meligitimasikan penjajahan British di Malaya,” katanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut Yong San berkata, fakta kedua yang perlu dihadam ialah sepanjang pemerintahan British, mereka telah mengiktiraf kedudukan sah Raja-Raja Melayu, malah turut mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal di Malaysia.

“British juga telah mengiktiraf kedudukan istimewa kaum Melayu sebagai penduduk asal (Bumiputera/Peribumi) serta melaksanakan sistem politik dan pemerintahan yang bertunjangkan kaum Melayu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, agak mengejutkan apabila terdapat segelintir pemimpin Melayu sendiri yang menyokong dan berkehendak agar ICERD diratifikasi.
Justeru beliau berkata, sebagai langkah menghentikan polemik ICERD, Majlis Raja-Raja boleh membuat kenyataan atau menyatakan pendirian rasmi berhubung isu ini.

Terdahulu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berterus terang berhubung tujuan ratifikasi bagi mengelakkan berlakunya bantahan, sebaliknya mereka menuntut Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan.

“Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan akan dimansuhkan.

“Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan kaum Bumiputera, mereka mengatakan bahawa pengesahan tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu tidak betul,” katanya.
///

Rabu, 3 April 2019

PEMISAH : SEMPADAN : HAD (hudud) : ANTARA ISLAM (الاءسلام - diredhai Allah) VS (dilaknati - اليهود : النصارا : الشعاءيه-baru : الوههابيه-baru) TANPA MENGIRA BANGSA MANUSIA MANA PUN.

Bercakap atasnama Islam (الاءسلام : pokok ketuhanan-2 : tauhid-2 @ i'ttiqad uluhiyyah : لله - اله), tapi Islam (اله : لله) itu sendir belum lagi mengenal, kemudian bercampur aduk pula fahamannya dgn Agama (الدين : pokok ketuhanan-1 : tauhid-1 @ tauhid rububiyyah : احد - رب) - GHAIB QALBU... kemudian dicampur aduk lagi dengan Aqidah (الاءيمان : furu'-2 - rukun Iman) dari Syariah-Fiqh (العلم : furu-1) - GHAIB AKAL : Furu" (branch's) dari hakikat Islam (الاءسلام - I'ttiqad Uluhiyyah : اله - لله.

SesungguhNya pemisah : persempadanan : had (hudud) antara golongan yang berI'ttiqad (اعتقاد - yakin qalbu الاءسلام) yang DIREDHOI ALLAH <vs> DILAKNATI ALLAH SYIRIK (اليهود) Yahudi : (النصارا) Trinity : (الشعاءيه-baru) ٍSyiah : (الوههابيه) Wahhabi-baru itu adalah dgn zahirNya cara, sifat, kata-kata, perbuatan Syirik (يشرك : تشرك بالله) : merampas, mendahului, sekutui serta diadakan tandingan & bandingan bagi hak & kekuasaan mutlak zat الله & menjadikan hak & kekuasaan mutlak zat الله sebagai hak diri, kaum, puak, jama'ah, partinya serta menafi, membatal, menentang takdir (qada' & qadar) الله yang merupakan hanya dgn hak & kekuasaan mutlak zat الله sahaja berlakunya segala sesuatu itu.


Ahli FIQH : فقه dgn semua cabang ilmunya juga dgn jelas mengatakan bahawa "berlaku Syirik (يشرك : تشرك بالله) "merampas, mendahului, sekutui serta diadakan tandingan & bandingan" bagi hak & kekuasaan mutlak zat الله serta menjadikan hak & kekuasaan mutlak zat الله sebagai hak diri, kaum, puak, jama'ah partinya serta menafi, membatal, menentang takdir (qada' & qadar) Allah, maka gugur / gelincir lah (dari اعتقاد : يقين قلبو yang diredhoi الله) Islam (الاءسلام - I'ttiqad Uluhiyyah : اله - لله) -  perihal hak & kekuasaan mutlak zat Allah yang tidak boleh di Syirikkan BERPINDAH menjadi Yahudi (اليهود) or Trinity (النصارا) or Syiah (الشعاءيه-baru) or Wahhabi (الؤههابيه-baru) - Non Muslim, walaupun masih lagi berAgama Tauhid (الدين : pokok ketuhanan-1 : tauhid-1 @ Tauhid Rububiyyah - رب : احد) - bersyarat : "selama mana tidak zahir cara, sifat, kata-kata, perbuatan Murtad (يرتد : يرتدد معكم عن دينه)...

Senaraikan lah segala hak-hak mutlak (zat) Allah itu ?


" JANGAN REBUT - RAMPAS HAK-HAK MUTLAK ZAT ALLAH... kemudian JADIKAN HAK DIRI, KAUM, PUAK, JEMAAH, PARTI "

Rasulullah bersabda :

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَ جَلَّ لاَ يَقْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلاَّ مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ

“Sesungguhnya الله tidak menerima suatu amal perbuatan kecuali yang murni (لله : اله) dan hanya mengharap redho الله”. [HR. Abu Dawud dan Nasa’i]

Lawan daripada ikhlas yg diredhoi Allah adalah dilaknati Allah Syirik (menjadikan bagi hak & kekuasaan mutlak الله Allah tandingan/sekutu di dalam beribadah, atau beribadah kepada الله tetapi juga kepada selain-Nya). Contohnya : Riya’ (memperlihatkan amalan pada orang lain), Suma’ah (memperdengarkan suatu amalan pada orang lain), ataupun Ujub (berbangga diri dengan amalannya) & Takabbur...  Kesemuanya itu adalah Syirik yang wajib dijauhi oleh seorang hamba agar ibadah & amal kebenaran, kebaikan, kebajikan dialam jasadnya itu diterima oleh الله.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ

“Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takutkan terjadi pada kalian adalah syirik (khafi) kecil”, para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apa itu syirik kecil ? Rasulullah menjawab : “Riya’” (termasuk Ujuk, Suma'ah, Takabbur). [HR. Ahmad]

Maka golongan Syirik terhadap hak-hak mutlak zat Allah itu adalah (al-Yahud : an-Nasyoro : as-Syiaeyyah-baru : aw-Wahhabiyyah-baru) zahir dengan cara, sifat, kata-kata, perbuatan bersaksikan dengan 5 pancaindera zohir adalah Non Muslim, tanpa mengira bangsa manusia mana pun dimuka bumi ini...

Golongan Syirik (Yahudi : Nasrani : Syiah-baru : Wahhabi-baru) - Non Muslim itu sekaligus tidak berAgama Tauhid (ad-deen : pokok ketuhanan-1 : tauhid-1 @ tauhid Rububiyyah : Robb - Ahadun, perihal zat Allah), kerana I'TTIQAD Uluhiyyah (al-Islam) : tauhid hak-hak mutlak (zat) Allah MEWAJIBKAN TAUHID Rubibiyyah (ad-deen) : tauhid zat Allah maha Esa wajib wujud hanya Satu - Ahadun, Wahidun...
... tidak berbilang-bilang Tauhid Rububiyyah - Pluralisme : Libralisme (Syirik)
... tidak kesamarataan I'ttiqad Uluhiyyah - Libralisme : Libralisme (Syirik)
... tidak menafi, membatal menentang takdir (qada'& qadar) Allah Syiah (Syiae) - (Syirik)
... tidak Mulhid : Komunisme - (Atheist)
... tidak al-Musyrik : Berhala (Atheist)
... tidak al-Majusi - Api/Matahari (Atheis)

SIAPA KAH MEREKA YANG PALING BANYAK BERKATA-KATA TERHADAP (zat) ALLAH & HAK-HAK MUTLAK (zat) ALLAH DENGAN TIDAK BENAR DI MALAYSIA SEJAK PULOHAN TAHUN DAHULU LAGI ???...


A046

Di antara orang-orang Yahudi (Haadu : cara, sifat, kata-kata, perbuatan) ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat : Injiel & tidak terkecuali al-Quran), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama (tauhid - ad-deen & i'ttiqad diredhai Allah al-Islam) Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran (tanpa lillaahi) mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).
(An-Nisaa' 4:46)


A047

Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab (Taurat : Injiel & tidak terkecuali al-quran), berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab (Taurat : Injiel & tidak terkecuali al-Quran) yang ada pada kamu (selama mana kamu tidak selewengkan), sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata - tidak bermulut, berhidung dan bermata - mendedahkan kejahilan & memalukan), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka - Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.
(An-Nisaa' 4:47)


A048

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (terhadap hak-hak mutlakNya) mempersekutukanNya (hak-hak mutlaknya dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan (hak-hak mutlak zat) Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
(An-Nisaa' 4:48


A049

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuja, memuji, menyucikan serta menghapus dosa) diri sendiri? (kaum, puak, jemaah, partinya, Padahal perkara itu bukan hak kekuasaan manusia) bahkan Allah jua lah (hak kekuasaan mutlak zat Allah) yang berhak membersihkan (memuja, memuji, menyucikan, menghapuskan dosa) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya - Allah); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka sedikitpun.
(An-Nisaa' 4:49


A050

Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan (berkata-kata) perkara-perkara dusta terhadap (zat & hak-hak mutlak zat) Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa (Syirik & Murtad) yang terang nyata.
(An-Nisaa' 4:50)

A051


Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat : Inijel & tidak terkecuali al-quran)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah (berhala manusia : berhala : api/matahari), dan kepada Taghut (al-jinne kuffar : iblis : syaitan), dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah : Pas dok puji DAP dulu) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya (tauhid, i'ttiqad, aqidah, syariah-fiqh) daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).


A052

(Kaum : goloangan manusia beri'ttiqad syrik dilaknati yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya (melainkan hanya Allah)
(An-Nisaa' 4:52)
///
al-Yunan. 
 

BAHAYA SYIRIK (شريك) TERHADAP HAK DAN KEKUASAAN MUTLAK ZAT الله.

SYIRIK TERHADAP ZAT SERTA HAK DAN KEKUASAAN MUTLAK ZAT الله. membersih, menyucikan diri sendiri, keturunan, kaum, puak, jama'ah, per...