1) Apa itu Ulama'?
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab
suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang
sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api
neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari
kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula
akan beroleh azab yang perit”.
///
2) Apakah capacity seorang Ulama' yg benar disisi Allah : القران?
3) Apakah benar seorang Ulama disisi Allah : القران kalau terbukti masih lagi gagal mengenal Islam (الاءسلام) kemudian bercampur aduk fahamannya dgn Agama (الدين) ?
4) Apakah seorang Ulama' yg benar itu berdiri atas platform duniawi : politik (jawatan, pangkat, kuasa, popularity, nama, gelar, kekayaan duniawi) ?
Ulama'
(yg bukan Ulama' tapi mengaku dirinya ulama')) yang menjual fatwa untuk kepentingan duniawi
(politik) kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru kerana dikelirukan, bahkan mungkin
akan tersesat kerana disesatkan.
Justeru, janganlah hairan jika القران tidak pernah mensifatkan
mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama' yang menjual
agamanya untuk mendapatkan habuan dunia (politik - jwt, pkt, nama, popularity, gelar, kekayaan duniawi).
Firman Allah: (maksudnya)
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang
yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian
dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya,
maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami
kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi
dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya
seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan
jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya.
(Surah al-A’raf: ayat 175)
Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”.
Dan kalau Kami
kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan)
ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut
hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau
menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau
membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.
Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka
ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Surah al-A’raf: ayat 176).
Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang
meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia.
Riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak sahih menyebut nama orang
tersebut ialah Bal’am. Kita tidak menerima periwayatan tanpa sokongan
yang seperti itu.
Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai
ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing.
Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat
kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia
seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Anjing menjelirkan lidah
disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi
tubuhnya.
Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau
sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan,
lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang
lain.
Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya)
(Surah al-Baqarah: ayat 174).
Bagi ulama yang telah menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta
yang sebenar tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat
dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan atau fakta yang
diselewengkan.
Firman Allah (maksudnya):
(159) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
(160) Kecuali orang-orang yang
bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa
yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat
mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Baqarah: ayat 159-160).
(Surah al-Baqarah: ayat 159-160).
Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan
lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun
keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan
kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah
S.W.T.
Mereka juga boleh menjaga kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan
kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana
ilmu yang dimiliki oleh mereka.
Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi
untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau
menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang
ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran
dan bintang.
Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan
menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah
kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran
Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan
fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa
lagi dikasihi.
Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam,
wajib baginya membetulkan niatnya. Jangan dia, atau ibubapa yang
menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk
mendapatkan jawatan, atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana
ruang pekerjaan dalam bidang agama luas, atau melariskan bisnes.
Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang
akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang
diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh
pihak tertentu.
Maka Nabi s.a.w mengingatkan:
“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azza
wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk
mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada
hari kiamat.
///
Tiada ulasan:
Catat Ulasan